BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 8 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 8 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG tabik dengan kecekapan pihak polis menahan seorang lagi individu yang memuat naik komen jelek terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui satu akaun Facebook.

Sebelum ini seorang lelaki yang memakai nama di akaun twitter ‘Alvin Chow’ berjaya diberkas kerana jenayah serupa.

Perbuatan menghina Islam, apatah lagi junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu amat bertentangan dengan prinsip hak dan kebebasan dalam media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kerana ia boleh mencetuskan ‘peperangan’ yang akan memporakperandakan rakyat serta negara.

Orang ramai harus mampu membezakan ‘paras’ di antara hak dan kebebasan menyuarakan pandangan atau memberi teguran dan kritikan.

Tetapi untuk menghina dan mengecam akidah serta keyakinan orang Islam dan Rasulullah, itu suatu kerja bodoh dan jahat yang tidak menguntungkan negara.

Awang bertemu ramai orang bukan Islam sepanjang kerjaya sebagai wartawan. Ramai dalam kalangan mereka tidak bersetuju dengan perbuatan menghina agama orang lain.

Majoriti orang bukan Islam juga tidak suka agama mereka dikecam manakala keyakinan dan kepercayaan mereka dihina.

Awang berharap pihak berkuasa jangan ‘beri muka’ kepada penghina agama. Tangkap mereka terlibat dan hadapkan segera ke muka pengadilan.

AWANG – Kebebasan bukan mutlak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini