Real berminat dapatkan khidmat Mourinho - Utusan Malaysia

Real berminat dapatkan khidmat Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Mac – Presiden Real Madrid, Florentino Perez telahpun menghubungi Jose Mourinho, tentang hasrat membawa jurulatih itu kembali ke Bernabeu.

Dakwaan sensasi itu dibuat oleh bekas Presiden Real, Ramon Calderon yang menegaskan Mourinho sebagai calon No.1 bagi menggantikan Santiago Solari yang kini berada di bawah tekanan selepas skuad bimbingannya tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Real kelihatannya akan menunggu sehingga musim panas ini, tetapi Mourinho difahamkan berminat untuk menggalas kembali jawatan yang pernah ditinggalkannya pada 2013 selepas tiga tahun mengendalikan kelab itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khabar tersebut pastinya membuat Tottenham menarik nafas lega, memandangkan Mauricio Pochettino turut berada dalam senarai pendek Real, tetapi kelihatannya Mourinho pula yang menjadi calon pilihan.

“Saya tiada keraguan terhadap Mourinho diletakkan sebagai pilihan pertama oleh Presiden Real. Dia telah dihubungi sejak beberapa minggu lalu. Saya fikir peluangnya amat cerah yang dia akan berada di bangku simpanan, musim depan,” kata Calderon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini