Prabowo latih sukarelawan tangani penipuan Pemilu - Utusan Malaysia

Prabowo latih sukarelawan tangani penipuan Pemilu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 7 Mac – Pasukan calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno membentuk kumpulan anti penipuan dan pasukan pemantau Tempat Pemungutan Suara (TPS) sempena pilihan raya umum (Pemilu) 2019.

SANDIAGA UNO
SANDIAGA UNO 

Portal Tribunnews melapor­kan, seramai 300 sukarelawan dilatih untuk berkhidmat di bawah kedua-dua pasukan itu.

Ketua Sekretariat Nasional (Seknas) Prabowo Subianto-Sandiaga Uno, Muhamad Taufik berkata, kedua-dua pasukan itu diwujudkan untuk mengelak sebarang penipuan berlaku dalam Pemilu yang akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antaranya adalah kewujudan warga negara asing (WNA) yang memiliki kad pengenalan (KTP) elektronik di setiap daerah.

“Pasukan ini penting bagi memastikan Pemilu berjalan secara demokrasi, jujur, adil dan tanpa penipuan.

“Ini adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk berdepan sebarang perkara luar jangkaan,” katanya, semalam.

MUHAMMAD TAUFIK
MUHAMMAD TAUFIK 

Tambah Taufik, berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat 1,600 KTP elektronik dikeluarkan untuk warga negara asing dan hanya 106 kad bermasalah.

“Saya khuatir, ke­rana, dalam undang-undang nombor 7 tahun 2017, pemegang KTP boleh mengundi dalam pemilu tanpa perlu mengemukakan maklumat lain,” ujarnya.

Menurut Taufik, beliau meminta supaya pengeluaran KTP elektronik dibuat mengikut peraturan kerana akan mempengaruhi daftar pemilih Pemilu.

“Terdapat banyak tanda-tanda kelemahan dan disebabkan itu pihak kami membentuk kedua-dua pasukan itu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini