Pelancong dilarang guna selipar di pantai popular Itali - Utusan Malaysia

Pelancong dilarang guna selipar di pantai popular Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CINQUE TERRE, Itali – Pelancong ke kawasan pesisir pantai terkenal Itali, Cinque Terre, kini dilarang sepenuhnya berjalan dengan menggunakan selipar dan boleh didenda sehingga £2,000 (RM10,800) jika melanggar undang-undang itu, lapor akhbar Daily Mail.

Pengurusan Taman Negara Cinque Terre akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi nasihat dengan denda antara £40 (RM215) hingga £2,000 (RM10,800). Kadar denda akan ditentukan berdasarkan jenis masalah dihadapi oleh pasukan penyelamat, lapor akhbar The Telegraph.

Keputusan itu diambil selepas unit penyelamat pergunungan di kawasan itu mengadu ramai pendaki ditemui terperangkap di kawasan bukit bukau sekitar pesisir pantai itu kerana memakai selipar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan melaksanakan langkah bersama dengan pihak datuk bandar dan jabatan perhutanan. Ia akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan penyebaran maklumat sebelum sekatan sepenuhnya,” kata Pengarah Taman Cinque Terre, Patrizio Scarpellini kepada rangkaian televisyen TGCOM24.

Anggota Kelab Alpino Italiano yang menjadi sukarelawan penyelamat di kawasan itu memaklumkan mereka terpaksa menyelamatkan satu keluarga Jerman pada tahun lalu yang terperangkap kerana memanjat dengan memakai selipar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini