UMNO tubuh Jabatan Pilihanraya - Utusan Malaysia

UMNO tubuh Jabatan Pilihanraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – UMNO akan menubuhkan Jabatan Pilihanraya UMNO bagi merangka strategi mempersiapkan parti untuk berdepan setiap pilihan raya yang akan datang menuju ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memuatkan artikel berkaitan…

Jabatan itu akan berperanan sebagai ‘war room’ yang biasa diaktifkan ketika parti menghadapi sebarang pilihan raya.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jabatan itu akan sentiasa melakukan kajian dan gerak kerja untuk memastikan parti bersiap sedia dalam setiap pilihan raya.

Tambahnya, khidmat jabatan itu juga boleh digunakan untuk parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Kita ada dua tugas teras iaitu memperkasakan parti dan atur strategi menang pilihan raya.

“Jadi penubuhan Jabatan Pilihanraya UMNO ini adalah untuk kita susun strategi untuk hadapi pilihan raya kerana banyak perangkaan perlu dikumpul dan kajian yang harus dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini