Philip Morris Malaysia terima pengiktirafan EQUAL-SALARY - Utusan Malaysia

Philip Morris Malaysia terima pengiktirafan EQUAL-SALARY

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Anak syarikat Philip Morris International (PMI), Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) mengumumkan telah berjaya memperoleh pengiktirafan daripada Yayasan EQUAL-SALARY dalam usaha menangani jurang antara jantina di tempat kerja.

Pengarah Urusan PMM, Kang Tae Koo berkata, pengiktirafan berkenaan yang menjadikan syarikat itu sebagai syarikat EQUAL-SALARY pertama di Malaysia menjadikan PMM sebagai majikan pilihan yang sentiasa komited dalam memperjuangkan kesaksamaan dan memupuk suasana tenaga kerja inklusif dan dinamik.

Katanya, selaras dengan usaha PMM dalam melaksanakan transformasi menjadi peneraju teknologi bebas asap rokok abad ke-21, syarikat tersebut memahami kepentingan persekitaran kerja untuk menjana inovasi dan kekal berjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejayaan kami sebagai sebuah syarikat bergantung kepada kepelbagaian dan bakat tenaga kerja di mana setiap individu berpeluang untuk belajar dan berkembang dalam kerjaya mereka.

“Ini bermakna kita harus menyediakan imbuhan yang adil dan saksama antara jantina untuk kerja yang sama. Sesuatu yang selaras dengan nilai dan prinsip kami di PMM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini