Program Adiwira Topi Keledar di 30 buah sekolah rendah - Utusan Malaysia

Program Adiwira Topi Keledar di 30 buah sekolah rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Jenama terkemuka dalam insurans am tempatan, Kurnia Insurans akan mengadakan Program Adiwira Topi Keledar bersempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di Menara Shell, di sini pada 11 Mac ini.

PROGRAM Adiwira Topi Keledar akan dirasmikan oleh dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Insurans AmGeneral, Derek Roberts di Menara Shell, Kuala Lumpur pada 11 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Naib Presiden Eksekutif, Kumpulan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Ambank Group, Syed Anuar Syed Ali berkata, program yang bermula dari pukul 2 petang hingga 3 petang itu akan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Insurans AmGeneral, Derek Roberts.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyasarkan 30 sekolah rendah di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Bharu.

“Ini bertujuan menggalakkan tabiat serta menekankan kepentingan penggunaan topi keledar motosikal kepada pelajar demi keselamatan mereka di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program itu dianjurkan menerusi kerjasama rakan kongsi iaitu MyPerintis yang berfungsi sebagai penghubung dengan Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk masuk ke sekolah yang disasarkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini