[VIDEO] Empat kereta remuk dirempuh lori hilang kawalan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Empat kereta remuk dirempuh lori hilang kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat buah kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori pasir dalam satu kejadian di Jalan Merah Silu, Sri Petaling di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 11 pagi sewaktu sebuah lori membawa muatan pasir sedang dalam perjalanan menghala ke Jalan 3/149e melalui Jalan Merah Silu.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lori berkenaan hilang kawalan apabila brek tidak berfungsi sebelum terbabas dan merempuh empat buah kenderaan yang diletakkan di bahu kiri jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Kancil, dua buah kereta jenis Perodua Axia dan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX remuk selepas dirempuh lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Zulkefly tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dan tiada pemandu serta penumpang berada di dalam kesemua kereta yang diletakkan di bahu jalan tersebut sewaktu kemalangan berlaku.

“Semua kenderaan yang terlibat telah dialihkan dari tempat kejadian dan akan dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. 

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang dijalankan dan kes kini diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59,’ jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini