Perang terhadap bukan Melayu: DAP perlu mohon maaf - Gerakan - Utusan Malaysia

Perang terhadap bukan Melayu: DAP perlu mohon maaf – Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Gerakan mendesak DAP memohon maaf serta menarik balik kenyataan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang menganggap kerjasama UMNO dan Pas seolah-olah perang terhadap orang bukan Melayu di negara ini.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, meskipun Guan Eng kemudian mengubah kenyataannya, namun apa yang diperkatakan sebelum itu adalah tidak sesuai dalam konteks negara ini yang berbilang kaum.

“Gerakan mengecam kenyataan tersebut. Ia satu bentuk hasutan antara orang Melayu dan bukan Melayu. Negara ini mempunyai pelbagai kaum dan anda tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mendesak DAP untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Sebuah portal semalam memetik kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, Guan Eng selepas itu telah mengubah kenyataannya dan frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini