[VIDEO] YB Rara cerai talak satu - Utusan Malaysia

[VIDEO] YB Rara cerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Lafaz cerai itu dibuat, Muhamad Masyhur Abdullah,32, selaku plaintif terhadap Young Syefura, 30, atau lebih dikenali dengan panggilan Rara sebagai defendan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Saifullah Hamzah pukul 11.40 pagi.

Selepas mendengar lafaz cerai itu, Mohd. Saifullah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Rara menjalani tempoh edah selama tiga bulan termasuk Muhamad Masyur perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Permohonan cerai tersebut dibuat Muhamad Masyur mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 1 Mac lalu.

Terdahulu sebelum melafazkan cerai, Muhamad Masyur menyatakan kepada mahkamah penceraian ini dibuat selepas tiada persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

“Selain itu pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan juga tidak berhasil,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini