Jeff Bezos kekal manusia terkaya - Utusan Malaysia

Jeff Bezos kekal manusia terkaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos kekal manusia terkaya di dunia di hadapan Bill Gates dan Warren Buffett, demikian menurut senarai bilionair terbaharu majalah Forbes kelmarin, manakala Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, melonjak 51 anak tangga tahun ini.

Menurut Forbes, kekayaan Bezos, 55, menokok sebanyak AS$19 bilion (RM77.7 bilion) dalam masa setahun dengan beliau kini dianggarkan memiliki harta bernilai A$131 bilion (RM535.8 bilion).

Anggaran harta Gates, 63, yang merupakan pengasas bersama Microsoft, turut me­ningkat kepada AS$96.5 bilion (RM394.7 bilion) berbanding AS$90 bilion (RM368.1 bilion) tahun lalu, kata Forbes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tempat ketiga adalah milik Buffett, 88, yang sudah lama dianggap sebagai ‘raja pelaburan’ namun terkesan akibat kejatuhan mendadak saham Kraft Heinz pada Februari lalu yang mana beliau memiliki pegangan besar dalam syarikat pengeluar makanan AS ter­sebut.

Kekayaan Buffett susut AS$1.5 bilion (RM6.1 bilion) kepada AS$82.5 bilion (RM337.4 bilion) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif jenama barangan mewah LVMH, Bernard Arnault mempertahankan kedudukan pada tangga keempat. Namun, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hilang AS$9 bilion (RM36.8 bi­lion) kekayaannya dan berada pada tangga kelapan berbanding kedudukan kelima tahun lalu.

Menurut Forbes, kekayaan Trump tahun ini kekal seba­nyak AS$3.1 bilion (RM12.6 bi­lion), tidak berubah dari tahun lalu.

Sementara itu, ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Robert Kuok muncul individu ke-104 paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih mencecah AS$12.8 bilion (RM52.32 bilion). – AFP/Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini