BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 7 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 7 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG sedih kerana tidak sampai sebulan mengikuti laporan pembunuhan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Siti Masyitah Ibrahim di Pekan, Pahang, menyusul pula insiden tragis menimpa Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, di Langkawi.

Serta-merta Awang teringat beberapa kes pembunuhan dan kehilangan kanak-kanak yang pernah menggemparkan negara suatu ketika.

Wajah-wajah seperti Nurul Huda Abdul Ghani, 10 (kes 2004), Nurin Jazlin Jazimin, 8 (2007) dan Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang, 5 (2012) yang ketiga-tiga mayat mereka ditemukan dalam keadaan sadis – antaranya disumbat dalam beg, diliwat dan dibakar – bersarang di fikiran Awang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kes menimpa Nurin Jazlin, pembunuhnya masih berkeliaran bebas. Masih dalam siasatan polis ke?

Demikian juga kes melibatkan dua kanak-kanak, Ting Song Seng dan Sharlinie Mohd. Nashar yang masing-masing hilang sejak 1996 dan 2008. Apa agaknya nasib kedua-duanya sekarang yang jika ditakdirkan masih hidup sudahpun berumur 32 dan 11 tahun.

Apa pun, Awang amat berharap kanak-kanak dapat dididik oleh ibu bapa dan guru tentang tanda ancaman dan bahaya serta bersuara untuk mendapatkan bantuan melindungi mereka daripada pemangsa seksual dan pedofilia.

AWANG – Takziah keluarga Nur Aisyah Aleya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini