Pas memilih bersama parti yang rosak - Utusan Malaysia

Pas memilih bersama parti yang rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 6 Mac – Pas dilihat tidak mempunyai keperluan untuk menjalinkan kerjasama rasmi dengan UMNO yang merupakan sebuah parti ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Azmin Ali
Azmin Ali 

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin berkata, Pas bagaimanapun berhak membuat keputusan itu memandangkan setiap parti politik mempunyai strategi tersendiri.

Malah katanya, PKR sendiri pernah beberapa kali membuat gabungan dengan parti politik lain sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuma saya tidak nampak bagaimana Pas boleh bergabung (bekerjasama) dengan parti yang telah rosak, yang ditolak oleh rakyat dalam PRU yang lalu.

“Namun itu pilihan mereka tetapi yakinlah rakyat telah ambil keputusan menolak UMNO kerana rasuah dan kerakusan yang luar biasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Kelantan, di sini hari ini.

UMNO dan Pas mengumumkan kerjasama secara rasmi, semalam bagi tujuan penyatuan ummah.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberitahu, sempena lawatan kerjanya di negeri ini, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan kali pertama, esok.

“Antara agenda esok kita akan kenal pasti beberapa pembangunan yang perlu disegerakan supaya infrastruktur dan prasarana di negeri ini dapat dibangunkan bagi menarik pelabur dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak Kelantan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini