Tiada penglibatan orang ketiga - Utusan Malaysia

Tiada penglibatan orang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 6 Mac – Polis menolak kemungkinan terdapat penglibatan orang ketiga dalam kejadian dua mangsa maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini pada 28 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik dan kimia untuk mengaitkan individu lain berdasarkan bukti fizikal yang ada.

“Laporan forensik dan kimia diperlukan untuk membuat analisis terhadap bukti fizikal yang telah diperolehi seperti contohnya pecah rumah untuk kita sabitkan dengan individu lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun menerusi penyiasatan forensik polis, memang tiada penglibatan daripada pihak ketiga, tetapi kebarangkalian penglibatan (orang ketiga) mungkin ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, pihaknya selesai merakam keterangan ahli keluarga dan jiran mangsa bagi mengesan pembunuh dalam kes berkenaan.

Pada 28 Januari lalu media melaporkan, pasangan pengantin baharu yang merupakan kakitangan di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya maut dalam kebakaran pada pukul 1.13 petang.

Mangsa, Norwahidah Abdul Hamid, 28 ditemukan di atas katil sebuah bilik manakala suaminya, Wan Baharul Nizam Wan Bakar, 35, berada di dalam bilik air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini