Sanchez direhatkan selama enam minggu - Utusan Malaysia

Sanchez direhatkan selama enam minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 6 Mac – Penyerang Manchester United Alexis Sanchez bakal direhatkan selama enam minggu selepas mengalami kecederaan kaki, kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kecederaannya yang dialaminya agak teruk. Dia mungkin akan disisihkan selama empat hingga enam minggu. Saya harap dia segera sembuh,” kata Solskjaer dalam sidang akhbar di Paris menjelang pertembungan menentang Paris Saint-Germain (PSG) di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara, esok.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu perlu membuat pendakian yang tinggi untuk mengatasi juara Perancis itu apabila tewas 0-2 pada aksi pertama di Old Trafford, bulan lalu.

Sanchez dimasukkan pada babak kedua ketika United menang 3-2 ke atas Southampton hujung minggu lalu, dan kini menyertai pemain lain di bilik rawatan.

Antara pemain yang turut berada dalam bilik tersebut seperti Anthony Martial, Jesse Lingard, Juan Mata dan Ander Herrera, manakala Paul Pogba digantung perlawanan selepas dibuang padang pada aksi pertama itu.

Sebagai sokongan, lima jentera lepasan akademi akan melengkapkan senarai 20 pemain ke Paris.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini