ST. ADOLPHE, Kanada 6 Mac – Sepasang suami isteri berjaya membina laluan berhalangan (maze) salji terbesar di dunia di barat negara ini dengan keluasan keseluruhan sebesar 2,789.11 meter persegi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pencapaian itu membolehkan Clint dan Angie Masse mencipta nama dalam buku Rekod Dunia Guinness, mengalahkan pemegang rekod laluan maze terbesar sebelum ini yang terletak di Taman Sejarah Fort William di Thunder Bay, Ontario.
Pasangan yang juga merupakan petani itu membuat keputusan untuk menghasilkan lluan berhalangan terbesar pada tahun lalu susulan musim sejuk yang berpanjangan di negara ini. – AFP











