Hummels, Boateng, Muller disingkirkan daripada skuad Jerman - Utusan Malaysia

Hummels, Boateng, Muller disingkirkan daripada skuad Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 6 Mac – Pengendali Jerman Joachim Low membuat pengemuman mengejut apabila memberitahu jentera yang menang pada Piala Dunia 2014 seperti Jerome Boateng, Mats Hummels dan Thomas Mueller mungkin tiada dalam perancangannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Low mengumumkan trio Bayern Munich itu sebelum pertembungan persahabatan menentang Serbia di Wolfburg dalam tempoh dua minggu ini dan kelayakan Euro 2020 menentang Belanda di Amsterdam pada 24 Mac nanti.

“Saya sangat sedih dengan berita ini kerana ia menjadi sesuatu kebanggaan untuk tampil mewakili negara. Saya faham dan hormat dengan keputusan ini.

“Saya pernah menjadi pemain muda dan bergantung kepada pemain yang lebih tua untuk memberi ruang kepada saya, tetapi sudah tentu, saya harap kami boleh meninggalkannya (Jerman) dengan cara yang berbeza,” ujar Boateng menerusi Facebook.

Hummels, Boateng, masing-masing berusia 30 tahun, manakala Muller, 29, membuat penampilan 246 untuk Jerman dan berada dalam hati rakyat di negara itu selepas merangkul trofi Piala Dunia 2014 Brazil.

Bagaimanapun pada edisi lalu di Rusia, Jerman mengalami mimpi ngeri apabila tersingkir di peringkat kumpulan di bawah anak-anak buah yang memiliki kepercayaan penuh daripada Low.

“tahun ini 2019 dan menjadi titik permulaan kepada pasukan bola sepak Jerman. Ia amat penting sama sekali buat saya secara peribadi untuk menjelaskan pelan kepada pemain dan pengurus Bayern Munich,” kata Low, yang sanggup terbang ke Munich untuk bertemu dengan trio terbabit.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini