Mujahid akan buat laporan polis - Utusan Malaysia

Mujahid akan buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac – Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof akan membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam media sosial.

Menurut Mujahid, fitnah yang dilakukan oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai Esmee Bin Mat Isa memberi persepsi buruk terhadap dirinya.

“Fitnah jahat untuk memberi persepsi buruk terhadap diri saya. Walaupun secara jelas video dimuat naik adalah ucapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam majlis sumbangan peruntukan kerajaan sebanyak RM5 juta kepada Nasyrul Quran, namun Esmee Bin Mat Isa ini secara sengaja menulis kononnya Guan Eng merasmikan kompleks ini.

“Saya akan failkan laporan polis dan mengheret beliau ke muka pengadilan,” katanya menerusi laman Facebook beliau malam ini.

Pemilik akaun tersebut memuat naik hantaran dalam laman Facebook dengan mendakwa Mujahid meminta Guan Eng merasmikan pusat pencetakan al-Quran.

“Apa nak jadi Kapir Harbi merasmikan pusat al-Quran. Betapa teruknya Liberaltarian Menteri Agama Islam,” dakwa Esmee Bin Mat Isa.

Pemilik akaun itu turut berkongsi video yang memaparkan ucapan Guan Eng pada majlis penyerahan sumbangan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN