BAM bertaraf ‘5 bintang’ - Utusan Malaysia

BAM bertaraf ‘5 bintang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diiktiraf sebagai badan sukan kebangsaan bertaraf lima bintang oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) bagi tahun 2018.

Keputusan Penilaian Penarafan Bintang atau Star Rating Badan Sukan Kebangsaan 2018 itu dimaklumkan PPS menerusi surat yang dihantar kepada Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

“Sukacita dimaklumkan pejabat ini sudah selesai mengadakan sesi penilaian Penarafan Bintang terhadap badan sukan kebangsaan pada Disember 2018 yang lalu.

“Sehubungan dengan itu, badan sukan Y.Bhg Dato/Tuan/Puan dikategorikan sebagai badan sukan yang mendapat lima (5) bintang berdasarkan kepada penilaian yang dibuat dan diharapkan dapat mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang,” tulis kenyataan bertarikh 26 Februari itu.

BAM sebelum ini turut mendapat penarafan lima bintang pada 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN