Liverpool perlu ada mentaliti juara - Utusan Malaysia

Liverpool perlu ada mentaliti juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Mac – Jordan Henderson mahu Liverpool menunjukkan mentaliti juara selepas kehilangan status pendahulu Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City.

Skuad kendalian Jurgen Klopp gagal menembusi benteng pertahanan Everton dalam aksi hujung minggu lepas dan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan.

City kini mendahului perebutan kejuaraan liga dengan kelebihan satu mata di hadapan Liverpool dengan aksi musim ini berbaki sembilan perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegagalan menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan menyaksikan Liverpool kini berdepan tekanan besar daripada skuad kendalian Guardiola.

Henderson meminta rakan sepasukannya untuk menjawab segala kritikan itu dengan aksi cemerlang semasa di atas padang.

“Tiada guna untuk bercakap mengenai perkara ini, kami perlu buktikan semuanya di atas padang.

“Masih banyak lagi perlawanan dan semuanya bergantung kepada kami.

“Bola sepak banyak berkait dengan mentaliti, jelas sekali bakat juga perlu dan kami mempunyai ramai pemain berkualiti jadi kami perlu buktikan segalanya dalam sembilan perlawanan akan datang.

“Apa yang kami terlepas dalam aksi menentang Everton? Jaringan gol. Peluang cukup banyak untuk kami menang dan jika kami jaringkan satu atau dua gol, keadaan akan jadi sempurna,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini