Muat naik aplikasi SOS, terima baucar RM10 - Utusan Malaysia

Muat naik aplikasi SOS, terima baucar RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mac – Sebanyak 1,000 pengguna pertama yang memuat naik aplikasi mudah alih isyarat kecemasan (SOS) akan menerima baucar bernilai RM10.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam laman Twitter memaklumkan, aplikasi SOS bertujuan menghantar isyarat kecemasan terutama kenderaan yang mengalami kerosakan di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

“Aplikasi SOS boleh digunakan untuk menerima maklumat trafik dan perkhidmatan lain di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui sistem pengesanan global (GPS) pada telefon pintar, peronda Prolintas akan dapat mengesan kedudukan pengadu dan menghulurkan bantuan mengikut maklumat yang dimaklumkan melalui aplikasi,” katanya.

Aplikasi mudah alih Prolintas boleh dimuat naik secara percuma menerusi App Store atau Google Play. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini