SRINAGAR 2 Mac – Konflik antara Pakistan dan India dilihat semakin reda selepas Islamabad menyerahkan semula juruterbang jet pejuang tentera India kepada negara itu semalam, selain semua kuasa dunia bertungkus-lumus mengelakkan peperangan antara kedua-dua negara berkenaan tercetus.
Memuatkan artikel berkaitan…
Channel News Asia melaporkan, juruterbang Abhinandan Varthaman yang dianggap sebagai adiwira oleh rakyat India dibebaskan di kawasan sempadan natara Pakistan dengan negara itu semalam pada pukul 9 malam waktu tempatan.
Pembebasan Varthaman turut mendapat liputan secara langsung oleh slauran televisyen Pakistan. – AGENSI











