Malaysia dipilih semula ke IPHRC OIC - Utusan Malaysia

Malaysia dipilih semula ke IPHRC OIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Mac – Malaysia telah dipilih semula ke Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sewaktu sesi pemilihan yang diadakan semalam di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemilihan itu diadakan  sempena  Sesi Ke-46 Majlis Menteri-Menteri Luar (CFM) OIC.

Menurut Wisma Putra,  wakil Malaysia, Ahmad Azam Ab. Rahman akan berkhidmat dalam suruhanjaya tersebut bagi penggal 2019-2022 bermula Ogos ini, menggantikan Profesor Datin Dr. Raihanah Abdullah yang akan menamatkan tempoh dua penggal perkhidmatannya.

“Ahmad Azam merupakan seorang aktivis yang aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Dengan asas yang kukuh dan penglibatannya dengan NGO di seluruh dunia, pengalaman beliau akan memberi perspektif yang baharu kepada IPHRC,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Wisma Putra, IPHRC telah ditubuhkan pada 30 Jun 2011 dan berperanan sebagai badan pakar bebas yang memberi khidmat nasihat kepada OIC dalam bidang hak asasi manusia. 

Jelas Wisma Putra, IPHRC terdiri daripada 18 orang pesuruhjaya yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut dan dicalonkan oleh kerajaan masing-masing. Mereka juga dipilih berdasarkan prinsip keseimbangan geografi dan kesamarataan jantina. 

“Malaysia, sebagai ahli dalam Suruhanjaya tersebut sejak awal penubuhannya, telah banyak memberikan sumbangan yang signifikan kepada kejayaan IPHRC melalui Pesuruhjayanya yang telah dipilih,” jelas Wisma Putra lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN