Lagi pemimpin Pas beri keterangan di SPRM Kelantan - Utusan Malaysia

Lagi pemimpin Pas beri keterangan di SPRM Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Nasir Daud hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung  dakwaan wang RM90 juta disalurkan kepada pemimpin Pas.

Nasir tiba di SPRM Kelantan, di sini dengan menaiki sebuah Toyota Hilux dipandu ahli keluarga pada pukul 9.50 pagi dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.

Bekas Setiausaha Pas Kawasan Kuala Krai itu mengesahkan dia dipanggil pihak SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka (SPRM) tanya saya sama ada tahu atau tidak tahu (kes RM90 juta), saya kata tidak tahu. Saya ditanya soalan-soalan biasa dan sepanjang pertemuan tadi, saya tidak diminta menyerahkan apa-apa dokumen,” katanya.

Dia ditemui selepas selesai proses berkenaan di luar pekarangan pejabat SPRM Kelantan, di sini hari ini.

Ditanya sama ada pemimpin Pas lain termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akan dipanggil sekali lagi oleh SPRM, Mohd. Nasir berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

Difahamkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Nasir merupakan dua lagi pemimpin Pas yang dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan SPRM berhubung kes tersebut, pagi ini.

Hashim dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis manakala Nasir di pejabat SPRM Kelantan.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini