Polis Selangor rampas dadah lebih RM1.7 juta - Utusan Malaysia

Polis Selangor rampas dadah lebih RM1.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 Mac – Polis Selangor berjaya menggagalkan dua sindiket dadah tempatan dengan merampas sejumlah 14.3 kilogram (kg) bahan terlarang tersebut bernilai yang RM1,709,900 pada Rabu lalu.

Jelasnya, suspek, 51, berasal dari Perak ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan polis kemudiannya menemukan 2.3 kg bernilai RM113,900 syabu diikat pada kedua-dua paha serta betisnya.

Memuatkan artikel berkaitan…
SEJUMLAH 2.3 kg syabu diikat pada kedua-dua paha dan betis seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun,
SEJUMLAH 2.3 kg syabu diikat pada kedua-dua paha dan betis seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun, dalam cubaannya menyeludup dadah ke Korea Selatan, sebelum ditahan di KLIA pada Rabu lalu. – UTUSAN ONLINE

Bagi kes kedua pula jelas beliau, serbuan dibuat di sebuah rumah kedai di Brickfields yang dijadikan stor, dan siasatan kemudiannya menemukan 6 kg syabu dan 6 kg herion bernilai RM1.596 juta.

“Bagi kes pertama, suspek cuba menyeludup syabu ke Korea Selatan dan dia mendakwa ditawarkan RM8,000 berserta pakej percutian percuma oleh sindiket.

“Manakala kes kedua pula, dadah berkenaan untuk pasaran tempatan dan kita turut menahan lima lelaki iaitu empat warga tempatan dan seorang warga Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini