Pengarang Sarawak Report dedah pembayaran RM1.4 juta - Utusan Malaysia

Pengarang Sarawak Report dedah pembayaran RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menjelaskan pihaknya menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.

Bagaimanapun beliau menjelaskan pembayaran itu bukan daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan Presiden Pas itu membayar kos.

Katanya, hal itu kerana pembayaran sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sarawak Report bersetuju dengan syarat Abdul Hadi iaitu, kedua-dua pihak merahsiakan bayaran yang terlibat,” kata Rewcastle-Brown dalam blognya semalam.

Menurutnya memang kelaziman bayaran bagi penyelesaian luar mahkamah seperti itu dirahsiakan bagi mengelak pihak yang mengeluarkan wang berasa aib selain menjimatkan masa dan wang kedua-dua pihak daripada terus terlibat dalam proses perundangan.

Pada masa sama Rewcastle-Brown berkata, Abdul Hadi tidak sepatutnya membincangkan hal berkaitan pembayaran tersebut dengan ahli-ahli Pas.

“Tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang dilihat seolah-olah mewakili Abdul Hadi adalah satu pelanggaran dan penolakan perjanjian kerahsiaan yang sangat ketara.

“Justeru Sarawak Report berhak mempertimbangkan untuk keluar daripada kerahsiaan juga supaya kebenaran dapat diberitahu kepada rakyat Malaysia dikelirukan,” katanya.

Blog Sarawak Report turut memuatnaik beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini