1MDB : Dakwaan berbeza Pakatan Harapan - Utusan Malaysia

1MDB : Dakwaan berbeza Pakatan Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Feb.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dakwaan berbeza Pakatan Harapan (PH) mengenai isu pembayaran wang 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Jelas Najib, ini kerana dalam tempoh dua minggu sahaja tuduhan PH terhadap Pas dan UMNO berubah.

“Pada mulanya PH tuduh saya atau UMNO bayar RM90 juta dari 1MDB kepada parti Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kata banyak bukti. Tunggu masanya tetapi sekarang PH kata ini bukan lagi wang dari 1MDB,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Tambah Najib, kini PH juga mendakwa wang tersebut tidak dibayar kepada Pas atau pemimpinnya sebaliknya dibayar kepada bekas pemimpin parti tersebut.

“Bukan juga dibayar kepada parti Pas atau pun pemimpin Pas tetapi kepada bekas pemimpin Pas dan bukan lagi RM90 juta tetapi RM3 juta,” katanya. 

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dana yang dikaitkan dengan 1MDB tidak disalurkan kepada Pas tetapi diberikan kepada seorang bekas pemimpin parti tersebut.

Anwar juga mendakwa bekas pemimpin Pas menerima wang sebanyak RM3 juta dan turut terdapat rekod mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini