Penunggang motosikal maut digilis lori - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 27 Feb. – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Tetembok, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, mangsa, Mohammad Akif Aiman Abdul Malek, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada badan selepas digilis lori treler tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa telah memasuki laluan yang dilarang dimasuki oleh penunggang motosikal lalu hilang kawalan sebelum memasuki laluan treler dan melanggar hadapan kenderaan itu sebelum digilis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lori treler berkenaan dari Lumut, Perak dan sedang menghala ke  Air Itam di sini untuk menghantar muatan pembinaan.

“Akibat daripada kemalangan berkenaan, mangsa yang berasal dari Kupang, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN