Isu sekolah vernakular kenyataan peribadi Nazri - Utusan Malaysia

Isu sekolah vernakular kenyataan peribadi Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kenyataan kontroversi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung sekolah vernakular merupakan pandangan peribadi beliau.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kenyataan tersebut tidak mewakili pendirian serta pandangan UMNO kerana parti itu menghormati serta memahami keperluan sekolah vernakular dalam negara.

“Saya ingin menegaskan dua perkara penting. Pertama pendirian beliau tersebut adalah pandangan peribadi yang tidak mewakili pendirian dan pandangan UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua UMNO sebagai sebuah parti sangat menghormati dan memahami keperluan sekolah vernakular di Malaysia. UMNO berpendirian sekolah jenis ini perlu terus wujud di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan akhbar malam ini.

Mohamed Nazri semalam menjelaskan, kenyataannya mengenai sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil baru-baru ini disalah petik pihak media.

Kata Nazri dalam kenyataannya itu, beliau menekankan bahawa semua pihak perlu menghormati hak orang Melayu dan bumiputera.

Mohamad yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO berkata, UMNO konsisten dengan pendirian itu dalam mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan etnik termasuk hak untuk beragama serta mendapat pendidikan.

Menurut beliau, persefahaman dan keupayaan meraikan kepelbagaian itu menjadi kelebihan dan kekuatan UMNO dan BN selama ini.

Kata beliau, komitmen UMNO dan BN berhubung perkara itu dapat dilihat dengan jelas dalam bentuk sokongan infrastruktur, pengiktirafan dan pemberian peruntukan yang diperlukan.

“Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan secara tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak terutama dengan cara yang tidak menggambarkan pendirian sebenar UMNO dan BN,” katanya.

Beliau turut menegaskan Mohamed Nazri telah mengambil pertanggungjawaban dengan membuat penjelasan maksud sebenarnya ucapanny di Semenyih, Selangor tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini