DAG rai pengedar berjaya catat jualan konsisten - Utusan Malaysia

DAG rai pengedar berjaya catat jualan konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pengedar daripada Das Abdul Global Sdn. Bhd. (DAG), Mohamad Radzuan Mohamad Najib berjaya memenangi sebuah kenderan pacuan empat roda bernilai RM120,000 melalui hadiah cabutan bertuah majlis makan malam anjuran syarikat baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad Radzuan, 33 dari Ampang, Selangor merupakan pengedar bertuah daripada 200 pengedar lain yang layak menyertai hadiah cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DAG, Das Abdul, pada tahun ini, seramai 200 pengedarnya yang mencatat jualan secara konsisten dengan menjual 50 unit bantal sebulan bagi tempoh sepanjang bulan April 2018 hingga Januari 2019, layak menyertai cabutan bertuah tersebut.

“Selain kenderaan, syarikat turut menawarkan hadiah berupa gajet, barangan elektrik dan juga tilam DAG dengan hadiah keseluruhan bernilai kira-kira RM140,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor baru-baru ini.

Majlis makan malam tahunan yang diadakan di Hotel Tenera, Bang itu merupakan kali ketiga diadakan meraikan kira-kira 400 tetamu yang disertai pengedar bersama ahli keluarga masing-masing.

Turut hadir selebriti Sabri Yunus dan Adibah Noor.

Selain itu, syarikat turut menyerahkan 10 kategori anugerah kepada 43 usahawan bagi memberi pengiktirafan dalam beberapa bidang terbaik mereka seperti kepimpinan terbaik, jualan tertinggi dan master leader terbaik.

Tambah Das, penganugerahan tersebut telah memberi motivasi kepada para pengedarnya yang kini hampir 2,000 di seluruh negara.

Menurutnya, selain penyampaian ha­diah, syarikat turut menawarkan ganjaran berupa gajet dan kepingan emas kepada mereka yang telah berjaya mencapai sasaran jualan bulanan yang ditetapkan.

“Berdasarkan komitmen yang tinggi daripada pengedar, syarikat mengunjurkan jualan sehingga 500,000 unit bantal pada tahun ini,” jelasnya.

Sejak tiga tahun lalu, syarikat telah berjaya menjual sehingga 800,000 unit bantal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN