‘Bila bersara saya kahwin, jual durian’ - Utusan Malaysia

‘Bila bersara saya kahwin, jual durian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – “Saya bujang sekarang ini jadi mungkin saya akan berkahwin, ba­nyak perkara yang saya boleh lakukan kelak selepas bersara. Saya mungkin akan menjual durian di tepi jalan dan kamu (pemberita) mungkin boleh membeli serta mengambil gambar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Itu jawapan secara berse­loroh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika menjawab pertanyaan wartawan berhubung spekulasi persaraannya dan individu yang bakal menggantikannya.

Mohamad Fuzi memberitahu, beliau akan bersara wajib dalam beberapa bulan lagi kerana sudah tiba masa untuk berbuat demikian dan meminta semua pihak agar menghentikan semua spekulasi.

“Bila tiba masanya untuk bersara, kita kena pergi. Perkara itu bukan masalah, maka hentikan spekulasi yang bukan-bukan.

“Kita akan selesaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Cheras, hari ini.

Jelas Mohamad Fuzi, selain beliau, beberapa orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia akan turut bersara.

“Timbalan saya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohmad Salleh dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. akan turut bersara.

“Saya tidak susah hati, saya gembira sahaja dan berharap te­lah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan de­ngan baik,” katanya yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 September 2017 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Mohamad Fuzi kini menduda setelah kematian isterinya Puan Sri Azizah Hamdi pada 15 Di­sember 2017 akibat kanser tahap empat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN