PASIR SALAK 26 Feb. – Kesan kejatuhan harga kelapa sawit mungkin tidak begitu dirasai pengusaha komoditi itu yang mengusahakannya di atas tanah berkeluasan berskala besar.
Paling teruk terjejas sudah tentunya pekebun kecil yang mengusahakan tanaman itu di tanah satu atau dua hektar.
Jika sebelum ini mereka masih mampu meraih pendapatan mencukupi untuk menyara keluarga
Berita berkaitan:

ketika harga komoditi itu agak baik, namun sejak kejatuhan harganya di bawah RM330 setan, kehidupan seharian mereka semakin terhimpit.
Sebahagian pekebun kecil di sini yang ditemui berkata, mereka yang bergantung melalui hasil kebun sawit sudah tidak mampu berkata apa-apa kerana pendapatan yang semakin merosot.
Rosli Jumbri, 45, berkata, dengan harga sawit yang semakin menurun iaitu di bawah paras RM330 setan dan ditolak upah RM70 setan, tiada apa lagi yang tinggal.
Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan kenaikan harga barangan keperluan harian.
“Saya hanya ada dua hektar kebun kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan saya. Jika harga tetap RM330 setan dan ditolak kos-kos lain, apa lagi yang tinggal. Apa saya nak makan?” katanya.
Seorang lagi pengusaha kebun sawit, Moktar Muzari, 69, dari Kampung Chenderong Balai berkata, kos buruh, pengangkutan dan baja yang dibayar bagi setiap satu tan sawit menyebabkan pendapatannya cuma RM260 setan.
“Jangan dibandingkan pengusaha ladang, mereka ada pasaran sendiri dan ladang mereka luas

meliputi beratus hektar.
“Jadi kesannya tidak terasa jika harga turun RM330 setan. Saya berharap kerajaan mengekalkan harga buah kelapa sawit sebelum ini dengan harga RM400 sehingga RM500 setan,” katanya.
Bagi Hamir Omar, 46, akibat pendapatan yang semakin merosot, kehidupan dia dan keluarga semakin susah.
“Kami makan apa yang ada sahaja kerana kena jimat, nak menyimpan memang tak boleh tak macam dahulu,” katanya.











