Bayi 45 hari terselamat kebakaran tiga buah rumah - Utusan Malaysia

Bayi 45 hari terselamat kebakaran tiga buah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Bayi lelaki berusia 45 hari antara mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres di Jalan 5, Taman Berkat, di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pukul 5 pagi, ketika tujuh mangsa berusia 45 hari hingga 56 tahun dipercayai sedang tidur.

Menurut seorang mangsa, Nur Nadia Mohd. Murat, 26, sewaktu kejadian dia ba ru tersedar daripada tidur selepas anaknya berusia 45 hari merengek meminta susu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, adik iparnya, Mohamad Hakimi Zainal Abidin, 21, kemudiannya memaklumkan kebakaran yang bermula di bahagian dapur rumah jiran sebelum segera keluar daripada rumah bersama tiga ahli keluarganya.

kebakaran
Salah seorang penghuni melihat rumahnya yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

 

“Tanpa berlengah, saya terus mengendong anak sulung keluar daripada rumah terbabit sebelum menghubungi bomba.

“Saya baru dua minggu berpantang di rumah mertua di sini dengan suami bekerja di Shah Alam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, Mohamad Hakim sempat membawa keluar dua tong gas dan barangan keperluan bayi selain beberapa dokumen penting.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mohamad Khuzaimey Ibrahim berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 5.32 pagi.

“Sebaik tiba didapati sederet tiga buah rumah teres setingkat sedang dijilat api dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 7.30 pagi.

“Siasatan awal dipercayai kebakaran bermula di bahagian dapur sebuah rumah dihuni ibu tunggal. Dua lagi rumah masing-masing dihuni enam beranak dan satu lagi tiada penghuni,” katanya.

Beliau menegaskan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×