Adib sering tulis nama ibu, bapa dan tunang - Utusan Malaysia

Adib sering tulis nama ibu, bapa dan tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Feb.- Muhammad Ashraff Baruji yang merupakan kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) yang sering berada bersama Muhammad Adib Mohd. Kassim sepanjang dirawat memaklumkan bahawa anggota bomba itu sering menulis tiga nama sepanjang di institut tersebut.

Muhammad Ashraff yang merupakan saksi ke-16 inkues berkata, tiga nama yang ditulis Muhammad Adib ialah ibu, ayah dan tunangnya.

“Dia kerap menulis beberapa nama di papan putih antaranya ibu, ayah dan tunangnya dan juga meminta supaya saya memanggil mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Muhammad Adib juga ada menulis salah satu nama rakan baiknya, tetapi saya tidak pasti namanya,” kata yang merupakan Pembantu Pegawai Pembedahan ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN