Taiwan gesa komuniti antarabangsa wujud resolusi perdamaian - Utusan Malaysia

Taiwan gesa komuniti antarabangsa wujud resolusi perdamaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Komuniti antarabangsa digesa mewujudkan resolusi perdamaian di antara Taiwan dan China.

Penasihat Kanan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Liu Bang Chuan berkata, resolusi berkenaan penting bagi melindungi sistem demokrasi kerajaan Taiwan dan mengutuk tindakan China.

Ujarnya lagi, resolusi itu juga sebagai satu petunjuk kepada penentangan terhadap pendekatan satu sistem, dua negara yang mahu dilaksanakan China, selain menggesa komuniti antarabangsa memperkukuhkan hubungan dengan negara Taiwan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kewujudan dan pembangunan yang dialami Taiwan memberikan keamanan dan kestabilan kepada negara di kawasan Asia Pasifik, kami menggesa komuniti antarabangsa memelihara sistem demokrasi sedia ada dan menolak satu sistem, dua negara oleh China.

“Kami menggesa negara-negara lain supaya memperkukuhkan hubungan dengan Taiwan dan menyokong penglibatan kami di peringkat antarabangsa. Taiwan bersedia dan akan memenuhi segala ketetapan serta memberi sumbangan kepada komuniti antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan tersebut merupakan respon kepada ucapan Presiden China, Xi Jinping pada 2 Januari lalu yang mahu melaksanakan `Satu Prinsip China’ dan `Satu Negara, Dua Sistem’ terhadap rakyat Taiwan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN