PRK DUN Rantau dalam tempoh 60 hari mulai hari ini - Utusan Malaysia

PRK DUN Rantau dalam tempoh 60 hari mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Feb.- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai perlaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau.

AZHAR Azizan Harun
AZHAR Azizan Harun 

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun memaklumkan, tarikh mesyuarat tersebut akan dimaklumkan nanti oleh pihaknya.

Menurut beliau, SPR telah menerima Perakuan Mahkamah Persekutuan yang telah mengisytiharkan keputusan pilihan raya DUN itu pada 9 Mei 2018 adalah tidak sah dan terbatal di bawah Seksyen 36A (3) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perkara LVI (5) Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, SPR akan mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang telah dipastikan berlaku mulai 26 Februari 2019.

“Pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN tersebut akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan pada hari ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu, menolak permohonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 membabitkan kerusi DUN Rantau adalah terbatal dan tidak sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×