AS bincang rundingan Asia Barat dengan pemimpin negara Teluk - Utusan Malaysia

AS bincang rundingan Asia Barat dengan pemimpin negara Teluk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 26 Feb. – Penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga merupakan menantunya, Jared Kushner dan pegawai Jason Greenblatt mengadakan pertemuan dengan para pemimpin di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman bagi membincangkan konflik antara Palestin dan Israel.

Kedua-dua wakil AS itu bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mohammed bin Zayed al-Nahyan hari ini.

Menurut kedutaan AS di sini, mereka membincangkan tentang isu meningkatkan kerjasama untuk meneruskan dan memudahkan rundingan damai antara Palestin dan Israel. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×