Kekosongan kerusi DUN Rantau diisi dalam tempoh 60 hari - Utusan Malaysia

Kekosongan kerusi DUN Rantau diisi dalam tempoh 60 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Rantau, Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari bermula hari ini.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, SPR telah menerima perakuan mahkamah daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 36A(3) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jelasnya, perakuan itu mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya bagi kerusi DUN Rantau yang diadakan pada 9 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selaras dengan Perkara LVI(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, SPR akan mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang telah dipastikan berlaku mulai 26 Februari (hari ini).

“Pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN tersebut akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhar, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai perlaksanaan pilihan raya tersebut.

Tambahnya, tarikh mesyuarat tersebut akan dimaklumkan nanti oleh pihak SPR.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hilang kerusi DUN Rantau selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan 18 Februari lalu.

Ia berikutan Mahkamah Pilihan Raya Khas di Seremban 16 November lalu memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lalu terbatal dan tidak sah.

Ia berikutan calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram,63, telah memfailkan petisyen untuk mencabar pengisytiharan kemenangan Mohamad yang dibuat SPR.

Beliau memfailkan petisyen itu selepas tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon ekoran tiada pas calon SPR. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×