Gajah betina mati akibat kurang nutrisi - Utusan Malaysia

Gajah betina mati akibat kurang nutrisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 26 Feb. – Seekor gajah betina berumur 35 tahun yang dikatakan kerap berkeliaran di atas Jalanraya Timur Barat (JRTB) di Gerik semalam disebabkan haiwan itu kekurangan nutrisi.

Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, gajah itu juga dijangkiti ulser teruk di dalam mulut dan ini menyebabkannya sukar untuk makan.

Katanya, keadaan tersebut mengakibatkan gajah yang dianggarkan berusia 35 tahun itu kelihatan sangat lemah sehinggakan tidak mampu untuk bergerak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita dimaklumkan mengenai kehadiran gajah itu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10 pagi kelmarin dan lima anggota Perhilitan telah pergi ke lokasi tersebut untuk mengawal lalu lintas.

“Gajah betina itu tidak bergerak dan hanya berdiri di atas jalan dari pagi sehingga malam. Anggota kemudiannya cuba menggerakkan mamalia itu namun semasa gajah itu bergerak ke belakang, gajah tersebut terjatuh masuk ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, gajah yang mempunyai saiz tapak kaki 35.6 sentimer itu mati pada pukul 10.30 pagi semalam.

Katanya, bedah siasat ke atas mamalia itu dilakukan di lokasi kejadian sebelum bangkainya ditanam di lokasi berhampiran.

“Bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian mamalia itu adalah disebabkan kekurangan nutrisi di mana gajah itu tidak boleh makan kerana terdapat banyak ulser di dalam mulut.

“Malah dalam mulut gajah itu juga masih terdapat daun yang tidak dikunyah. Bedah saisat juga mendapati lemak di dalam badannya tinggal sedikit dan gajah itu menggunakan lemak sedia ada untuk mendapatkan tenaga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×