Kebakaran feri: Jabatan laut mulakan siasatan - Utusan Malaysia

Kebakaran feri: Jabatan laut mulakan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Pasukan penyiasat Jabatan Laut Malaysia memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca feri yang membawa 52 penumpang terbakar petang semalam.

Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Laut Kuah, Ghadzali Ahmad berkata, siasatan dimulakan sejak semalam sebaik feri itu ditunda ke jeti jabatan di Tanjung Lembong dekat sini.

“Tiga pegawai penyiasat memulakan siasatan sejak malam tadi dan akan disambung petang ini. Siasatan hari ini memberi tumpuan kepada fizikal feri itu bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan feri yang terbakar itu telah ditunda dari lokasi kejadian kurang satu batu nautika dari Terminal Penumpang Kuah ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Lembong oleh kapal Suhail milik Jabatan Laut Malaysia dan Dragon Speed, sebuah lagi feri milik syarikat itu.

Dalam kejadian semalam, feri penumpang Dragon Star 1 yang membawa 52 penumpang bersama seorang kapten dan lima anak kapal terbakar kira-kira 10 minit selepas berlepas dari Terminal Penumpang Kuah ke Jeti Kuala Perlis.

Menurut penumpang yang terlibat, kebakaran berlaku di bahagian belakang feri berkemungkinan berpunca dari bahagian bilik enjin feri malang itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×