PRK Semenyih: Jentera BN jangan selesa - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Jentera BN jangan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 26 Feb.- Jentera kempen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak berada dalam keadaan selesa menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun terdapat laporan bahawa BN telah mula mendapat 60 peratus sokongan daripada pengundi Semenyih, namun jentera kempen perlu terus bekerja kuat hingga saat akhir.

“Jentera BN jangan selesa, walaupun ada laporan 60 peratus telah sokong BN, jangan selesa hingga pukul 5.30 petang pada 2 Mac nanti. Semua kena bekerja hingga saat akhir barulah boleh kita yakin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Pilihan raya ini macam-macam boleh jadi walaupun dalam tempoh sehari dua oleh itu kita kena konsisten berusaha dan terus berusaha” katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Akifi Semenyih di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Kampung Sungai Purun, Semenyih di sini hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor dengan kerjasama Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×