[VIDEO] Hina nabi: Operator kilang didakwa di mahkamah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Hina nabi: Operator kilang didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Feb. – Seorang operator kilang yang bertindak biadab serta kurang ajar dengan menghina Nabi Muhammad S.A.W Selasa lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, A. Taneson, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan laman sosial Facebook miliknya iaitu Sarkar Tanesan dengan memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 298A (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fairuz Johari memohon kepada mahkamah agar tiada jaminan tidak ditawarkan kepada tertuduh berikutan kesalahan di bawah Seksyen itu tidak boleh diikat jamin. 
Namun, peguam tertuduh, Kailashii Vasudevan Appu memohon mahkamah menggunakan budi bicara atas alasan dia mempunyai masalah mental. 

“Anak guam saya pernah menjalani rawatan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPM) sebelum ini dan akan mengemukakan laporan psikiatri nanti. 

“Selain itu, anak guam saya juga merupakan operator kilang dengan pendapatan RM1, 500 sebulan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya memberikan jaminan RM8, 000 berserta seorang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri dua minggu sekali di balai polis sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 5 April nanti. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×