8ightplus Malaysia taja Teratak Twelve FC - Utusan Malaysia

8ightplus Malaysia taja Teratak Twelve FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Feb.- Berstatus kelab kerdil tidak menghalang Teratak Twelve FC menarik minat penaja untuk menaja pasukan berkenaan yang kini beraksi dalam divisyen dua Klang Valley League 2019.

Kelab yang berpengkalan di Flat Sri Pulau Pinang di Cheras itu mendapat tajaaan daripada 8ightplus Malaysia iaitu pengedar gelang tangan hologram (produk akuapuntur tanpa jarum dari Korea Selatan).

Pengurus Teratak Twelve FC, Janudin Abdul Lani berkata, beliau begitu teruja dengan penajaan tersebut dan tidak menyangka kelab berkenaan mendapat tajaan untuk beraksi dalam Klang Valley League 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siapa sangka kelab kecil yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu mendapat tajaan syarikat terkemuka hari ini. Terima kasih kepada pihak penaja yang memberi kepercayaan kepada kami.

“Pasukan ini diwakili oleh pemain yang berumur antara 18 hingga 25 tahun. Selain Klang Valley League, kami juga menyertai beberapa liga sosial di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Janudin, majlis memperkenalkan penaja termajuk tajaan jersi dari pakaian sukan Line 7 diadakan pada Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Selain itu, pasukannya kini menyasarkan untuk layak beraksi dalam Liga M4 anjuran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada tahun hadapan dan akan menghadapi perlawanan kelayakan pada Mac ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8ightplus Malaysia, Datuk Kamil Mokhtar dalam kenyataan yang sama berkata, pihaknya membuat penilitian sebelum memutuskan untuk menaja pasukan berkenaan.

“Saya sendiri turun padang untuk melihat mereka beraksi. Dengan semangat dan mutu permainan yang ditunjukkan saya bersetuju untuk menaja pasukan ini dalam sebarang liga yang mereka sertai.

“Pasukan ini boleh pergi jauh, sekarang saya akan tampung perbelanjaan pasukan ini. Apa yang saya rancang selepas ini ialah saya mahu wujudkan elaun untuk pemain bagi menambah semangat mereka,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×