SIAPA yang berminat baca kajian ilmiah bidang sains sila angkat tangan! Tak minat? Kenapa?
Rasanya kita semua tahu kenapa kajian sains tidak mampu menarik minat golongan masyarakat untuk membacanya kecuali bagi golongan saintis dan mereka yang terlibat dalam bidang akademik.
Apa yang disogokkan kepada kita selama ini adalah kertas kerja yang memeningkan kepala dan dalam ruang lingkup kerja penyelidik sahaja.
Padahal sains itu sendiri amat berkaitan dengan kehidupan manusia dan alam sekitar.
Jika dimasukkan elemen berkenaan dalam menterjemahkan hasil kajian kepada masyarakat, sudah pasti ramai yang jatuh cinta dengan bidang sains.
Dalam hal ini, kita patut berikan tabik kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang `menghidupkan’ hasil kajian penyelidik dengan Nyawa (Nature’s Yield and Wonders of Art).
Oh! Apa itu Nyawa? Nyawa adalah pameran tahunan di kampus UPM bertujuan menterjemahkan penyelidikan dan penemuan saintifik sebagai karya seni.
Sudah rasa tertarik? Apa tunggu lagi! Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia esok (Rabu) untuk membaca artikel dalam Mega Sains mengenai usaha UPM menterjemahkan hasil kajian penyelidikan kepada sebuah hasil seni yang menakjubkan atau layari www.utusan.com.my.











