Suami isteri ditahan bantu siasatan kes bunuh 18 tahun lalu - Utusan Malaysia

Suami isteri ditahan bantu siasatan kes bunuh 18 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT 26 Feb. – Polis menahan sepasang suami isteri warga Indonesia bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan di tapak projek pembinaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, 18 tahun lalu.

Suspek berusia 50 tahun dan isterinya, 49 tahun itu diberkas di hadapan sebuah rumah di Sungai Dusun, Hulu Selangor, Selangor pada pukul 8.45 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dalam kejadian pada 14 Ogos 2001 kira-kira pukul 5.45 pagi itu, mayat lelaki warga Indonesia, Rebin Sumadi Suwoko, 32, ditemukan dengan beberapa kesan tetakan senjata tajam di kanan leher, belakang pinggang dan kaki. 

“Siasatan awal mendapati punca kejadian itu adalah disebabkan rasa curiga dan cemburu suspek ke atas seorang lelaki Indonesia lain yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya yang ditinggalkan berniaga kantin di rumah kongsi di tapak pembinaan tersebut.

“Suspek bersama dengan beberapa orang rakannya yang datang dari Kuala Lumpur telah pulang ke rumah wanita itu di rumah kongsi di tapak pembinaan tersebut untuk mencari lelaki terbabit namun gagal.

“Mangsa kemudiannya cuba menerangkan kedudukan lelaki yang dicari itu kepada suspek namun dia telah diserang pula oleh lelaki berkenaan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×