PRK Semenyih: Aiman tiba selepas hampir empat jam pengundian awal bermula - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Aiman tiba selepas hampir empat jam pengundian awal bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT – Teka-teki ‘kehilangan’ calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang tidak tiba pada proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akhirnya terjawab selepas hampir empat jam proses pengundian bermula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia susulan Aiman dilihat tiba di Dewan Serbaguna Batilion 4 Polis Pasukan Gerakan Am PGA di sini kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Menurut Aiman, beliau lewat hadir ke proses pengundian awal tersebut disebabkan kecuaiannya sendiri.

“Sebenarnya ada sedikit masalah, saya sudah sampai di hadapan pintu pagar utama pada pukul 8.50 pagi tetapi tidak dibenarkan masuk kerana gagal mengemukakan pas calon dan dokumen.

“Dokumen dan pas tersebut berada dalam kereta lain yang sudah pun bergerak ke Kuala Lumpur. Saya tidak perasan tertukar kereta selepas sarapan, jadi perlu menunggu kereta berkenaan patah balik ke sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Jelasnya, disebabkan insiden tersebut Aiman berasa ralat kerana tidak dapat berjumpa pengundi selain ia membazir masa.

Terdahulu media melaporkan ketiadaan Muhammad Aiman menimbulkan tanda tanya dalam kalangan media yang menunggunya sejak pusat pengundian awal dibuka pada pukul 8 pagi tadi.

Tiga calon yang bertanding PRK DUN Semenyih berada di pusat pengundian awal di Kem Pasukan Gerakan Am, Batalion ke-4 Semenyih di sini pagi ini.

Calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi tiba di pusat pengundian kira-kira pukul 8.50 pagi manakala calon Parti Sosialis Malaysia, Nik Aziz Afiq Abdul tiba kira-kira pukul 9.50 pagi.

Sementara calon bebas, Kuan Chee Heng pula tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Dalam pada itu, Aiman memberitahu sehingga kini beliau sudah turung padang lebih 70 peratus kawasan Semenyih.

“Jadi, dalam masa berbaki tiga hari lagi ini,,akan bergerak lebih agresif,” jelasnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN