Surirumah maut, kereta terputus dua rempuh pokok - Utusan Malaysia

Surirumah maut, kereta terputus dua rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 26 Feb. – Seorang surirumah maut manakala suaminya parah apabila kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Kilometer 12.8, Jalan Padang Melangit-Guar Jentik dekat sini, semalam.

Akibat kejadian pukul 10 malam itu, kereta berkenaan remuk dan terputus dua.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Muhamad Halim Yatim, mangsa yang meninggal dunia ialah Farah Nurul Hassamiah Mohamed Abidan, 28, disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, suaminya pula, Muhd. Hafizuddin Bakar, 28, yang bekerja sebagai mekanik, mengalami kecederaan patah tulang pinggung.

“Semasa kejadian, kereta itu dalam perjalanan dari arah Padang Melangit ke Guar Jentik dan semasa kemalangan, cuaca baik manakala jalan lurus tetapi gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata Muhamad Halim, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×