TIME diiktiraf rangkaian tetap terpantas Malaysia - Utusan Malaysia

TIME diiktiraf rangkaian tetap terpantas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – TIME dotCom (TIME) diiktiraf sebagai rangkaian tetap paling pantas di Malaysia oleh firma pengujian dan analisis internet global, Ookla.

Ketua Pegawai Teknologinya, Ang Thing Jiun berkata, kedudukan TIME ditentukan berasaskan ujian kelajuan melalui laman web dan platform mudah alih Ookla pada suku ketiga dan keempat 2018.

Menurut beliau, ujian itu membuktikan TIME mempunyai kelebihan dari aspek kelajuan internet keseluruhan termasuk ketika memuat naik dan memuat turun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ujian kelajuan Ookla adalah antara yang paling tepat untuk mengukur prestasi rangkaian dunia sebenar dan kelajuan yang disediakan operator internet kepada pelanggan. Ookla mengiktiraf usaha kami dalam memastikan rangkaian fiber optik tetap kami adalah yang terpantas di negara ini.

“Kami terus komited untuk menyediakan perkhidmatan, kelajuan dan kebolehpercayaan terhadap rangkaian fiber optik dan akan meningkatkan teknologi bagi menyediakan pengalaman internet terbaik kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×