Ahli perniagaan didakwa palsu dokumen RM1.39 juta - Utusan Malaysia

Ahli perniagaan didakwa palsu dokumen RM1.39 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 26 Feb. – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen bagi mendapatkan pinjaman bank berjumlah lebih RM1.39 juta 16 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azmi Ismail, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd. Razak. 

Tertuduh yang juga dikenali sebagai Azmi Juta itu didakwa memalsukan satu dokumen surat cagaran berharga iaitu Istisna’s Sale Agreement bagi mendapatkan pinjaman daripada Bank Muamalat Taiping bernilai RM1,395,700.44. 

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah firma guaman di Jalan Raja Sulong, Medan di sini pada 19 Februari 2003. 

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Azrul Faidz mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 467 kanun sama.

Jika sabit kesalahan di bawah akta itu, tertuduh yang diwakili peguam, P. Ravee.  boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mohd. Azrul menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 terhadap tertuduh namun Ravee dalam rayuan memohon mahkamah memberikan ikat jamin yang rendah iaitu RM20,000 terhadap anak guamnya.

Che Noralashiken membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan dua orang penjamin serta syarat tambahan pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah selain melapor diri di Balai Polis Taiping setiap bulan. 

Mahkamah menetapkan 18 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN