Reus kembali bersama Dortmund - Utusan Malaysia

Reus kembali bersama Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DORTMUND 26 Feb. – Kapten Borussia Dortmund, Marco Reus kembali menjalani latihan bersama pendahulu Bundesliga itu selepas tiga minggu berehat ekoran kecederaan paha.

Pemain berusia 29 tahun itu dijangka kembali beraksi bersama Dortmund bagi menghadapi Augsburg pada Jumaat ini.

Jurulatih, Lucien Favre gembira dengan kehadiran semula penjaring terbanyak pasukannya itu memandangkan mereka akan menghadapi Tottenham dalam aksi timbal balik kalah mati Liga Juara-Juara pada 5 Mac ini meskipun Dortmund tewas 0-3 pada aksi pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Reus, menjaringkan 17 gol dalam semua kejohanan pada musim ini dan sepanjang ketiadaannya Dortmund gagal mencipta kemenangan dalam lima perlawanan.

Bagaimanapun mereka kembali mendapat sentuhan kemenangan setelah menewaskan Bayer Leverkusen 3-2 sekali gus memberi kelebihan tiga mata mengatasi juara bertahan, Bayern Munich di puncak Bundesliga. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×